
idris_nabilah
5 tahun
Cirit birit tanda awal hamil?
Saya wanita berumur 26 tahun. Last period on 28th May. Hari ini (12june19) genap 3 hari cirit birit non stop. Adakah ini tanda kehamilan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan anda. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Keletihan
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”), mual
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi / Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala , Sakit belakang, Pening, Bengkak pada kaki (edema)
-Kerap membuang air kencing
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Masalah cirit-birit pada kebiasaanya terjadi kerana keracunan makanan akibat jangkitan virus/bakteria yang merebak dari makanan, memakan makanan pedas, atau mempunyai penyakit ‘irritable bowel syndrome’, ‘inflammatory bowel disease’.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih