
Sulit
5 tahun
Cirit birit tidak berhenti
Saya mengalami cirit birit sejak dari 3hari yang lalu…2hari beturut2 saya cirit birit dan muntah…bila masuk je makanan,akan muntah semula…hari yang ketiga muntah dah takde tapi cirit birit menjadi2 sehinga lebih dari 5kali…najis cair seperti air…sepanjang tempoh 3hari tersebut,saya turut demam dan perut terasa memulas seperti dikorek…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang usus
- Jangkitan kuman dalam usus
- Kesan ubat-ubatan seperti antibiotik
- Masalah pankreas seperti radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.