
Sulit
5 tahun
Close contact dengan pesakit covid19
Baru ni sy ade Tanya tentang masalah saya tekanan drh rendah jantung berdebar. Sy bru ni maklumkan bahawa pelanggan yang dtg ke bank Peserta tabligh +ve covid19. Jadi perlu kah saya buat saringan segera atau tunggu ade simptom atau sebaliknye kerana mase kejadian die pakai mask Dan glove Dan saya juga pakai mask Dan glove. Jadi adakah die masih berjangki kerana sy memegang ic nye. Stlh itu sy telah menukar glove Dan mask.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mendengar lankah pencegahan yang anda amalkan, risiko penyebaran amat rendah. Namun, anda digalakkan untuk menjalani ujian penilaian risiko.
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini