Sulit

4 tahun

Confius pregnant atau gugur

Salam,saya berusia 28thn…mempunyai 2 anak…sekarang saya tengah mengandung anak ke 3…yang jd tanda tanya sekarang,saya sekarang mengandung tapi msih blm nampak kantung,tp cek upt positif,dan saya sekarang ada keluar darah,x banyak tp mcm darah period,saya dah ke hospital,doctor scan x nampak kantung tp cek upt positif jd saya dimasukkan ke hospital kerana disyak pregnant luar rahim,tp keesokan hari bile pakar jumpa saya dibenarkan balik sbb saya x ada sakit ape2 cuma keluar darah,dan doktor ada ambk darah,saya x ingt untuk ape doctor ambik darah tu,yg saya dgr doktor cakap,result saya rendah…jd doctor bagi saya tarikh 2minggu lagi datang scan…saya tanya untuk kepastian doktor,adakah sy mengandung atau gugur tp doctor kate saya mengandung tapi mungkin kandungan x menjadi,macam mne tu doktor?blh doktor jelaskan x?sebab sekarang saya ada keluar darah lg tp x ada rasa sakit ape2…adakah kandungan saya ni ok?atau tanda2 kandungan luar rahim?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbvangan anda mengenai masalah pendarahan yang berlaku di awal kehamilan dan didapati bahawa terdapat tiada kantung atau degupan jantung bayi dalam rahim anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan masalah yang anda perihalkan adalah merujuk kepada keguguran yang berlaku ataupun juga disebabkan oleh penyakit lain seperti:

  • Kehamilan Molar ( Molar pregnancy ), dimana ketumbuhbesaran uri janin yang tidak normal dan menyebabkan kegagalan penumbuhan janin yang sihat. Ini disebabkan oleh masalah genetik.
  • Kehamilan ektopik. Bermaksud kehamilan berlaku pada kawasan bukan rahim ataupun luar rahim. Selalunya akan ada terdapat pembesaran perut seperti kehamilan yang biasa.
  • Blighted ovum , iaitu kegagalan implantasi ovum (sel persenyawaan) pada dinding rahim untuk menjadi embryo.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Penyakit-penyakit yang diperihalkan di atas merupakan sebab berlakunya kehamilan yang tidak menjadi atau keguguran. Menurut situasi anda, kemungkinan anda mengalami sejenis keguguran iaitu Missed miscarriage ataupun Incomplete abortion :

  • Missed miscarriage berlaku apabila implantasi fetus telah gagal, tapi sisa janin masih terdapat dalam rahim.
  • Incomplete abortion berlaku apabila anda mengalami keguguran janin setelah beberapa minggu, tetapi terdapat sisa baki janin dalam rahim.

Namun, kantung kosong boleh bermaksud doktor masih tidak boleh melihat janin itu dengan lebih jelas kerana tempoh anda hamil masih lagi awal. Oleh itu, kebiasaanya doktor akan meminta untuk di scan selepas 2 minggu lagi dengan harapan agar kantung dapat dilihat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

iStock-529416460-1200x800

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)