
Sulit
4 tahun
Confuse period or pregnant
hi doctor , awal bulan yg lalu saya pernah bersama suami . period saya sepatutnya datang pada 28hb tetapi bulan ini datang pada 26hb dan period kali ini berlansung hanya 3 hari . ini kali pertama period saya habis seawal 3 hari dan akhir period terdapat darah berwarna coklat . adakah saya hamil atau ini normal doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, tempoh haid normal secara purata bagi wanita adalah antara 2-7 hari. Jadi, tempoh haid anda adalah dalam kategori normal. Mengenai persoalan tentang kehamilan, jika berlakunya period maka secara teorinya anda tidak hamil.
Darah haid berwarna merah gelap/coklat adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.