
Sulit
4 tahun
Constipation yg berpanjangan
Boleh saya berterusan menggunakan Skilax 7.5mg setiap malam? Apakah kesan sampinganya? Saya gunanya bersama dgn senokot. T. Ksh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit yang kronik walaupun sudah mengubah diet dan mencuba rawatan sembelit. Kemungkinan terdapat masalah lain yang menyebabkan sembelit dan memerlukan siasatan dan pemeriksaan lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis. Antara punca sembelit kronik ialah:
- Hypothyroid (masalah kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secukupnya)
- Diabtetes
- Sindrom iritasi usus (IBS)
- Kegelisahan
- Kemurungan
- Multiple sclerosis
- Usus tersumbat
- Kanser usus
- Trauma pada saraf tunjang
Namun begitu, penyakit-penyakit yang saya senaraikan datang dengan simptom-simptom lain bersama simptom sembelit, namun saya masih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Berhubung dengan pertanyaan anda, antara kesan sampingan ubat skilax adalah:
- sakit perut
*cirit birit - perut terasa cramp
Selain itu, tidak digalakkan menggunakan sikonot lebih daripada 7 hari melainkan diberi arahan oleh doktor.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.