
Sulit
5 tahun
Contoh Sakit telinga di bahagian dalam
Doktor saya tadi pakai earphone lepas itu saya rasa bengkak Dan saya letak air tk dgr saya Korek pon tk ok saya baring baru rasa sakit la doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda memakai earfon dengan jangka masa yang panjang, kemungkinan kulit telinga akan mengalami geseran dan trauma di kulit. Ini akan menyebabkan kulit telinga anda sakit dan kemerahan.
Anda tidak patut mengorekkan telinga anda kerana ini merupakan tabiat yang akan mencederakan gegendung telinga anda. Bagi masa sekarang, anda boleh memantau telinga tersebut untuk beberapa hari. Jikalau pendengaran anda terjejas, anda perlu berjumpa dengan doktor segera kerana kemungkinan gegendung telinga anda telah pecah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.