Sulit
5 tahun
Convid 19- kerisauan tentang tahap kesihatan selepas pulang dari korea and menjalani pembedahan di kpj selepas pulang dari korea
Saya risau dgn status perjalanan saya ke korea 19-24 feb…selepas pulang dari korea sy menjalini pembedahan hidung.skrg ni sy rasa selsema dan tekak saya sakit akibat dari operation tu.skrg ni saya confius selsema yg sy alami ni adakah impact dari operasi tersebut.sy risau sbb ada simptom2 selsema sakit tekak dan sedikit batuk2.tapi saya tidak demam.
5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda tentang selesema dan sakit tekak tidak lama selepas berkunjung ke Korea. Bagi pembedahan tersebut, ia mungkin boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi namun, oleh kerana anda baru sahaja kembali dari Korea, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala…. Boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































