
Sulit
5 tahun
Coronavirus disinfections
ADAKAH TERDAPAT GUIDELINE UNTUK MELAKUKAN DISINFEKSI DI TEMPAT KERJA JIKA SALAH SEORANG PEKERJA NEBGIDAP COVID 19? BOLEH TERANGKAN?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berikut merupakan garis panduan bagi cara untuk disinfeksi tempat kerja dari CDC (_Centers For Disease Control):
Disarankan untuk menutup kawasan yang digunakan oleh pesakit selama yang boleh sebelum pembersihan dan pembasmian dilakukan. Buka tingkap dan pintu bagi meningkatkan pengudaraan kawasan tersebut untuk mengurangkan pendedahan terhadap titisan air dari saluran pernafasan. Disarankan untuk menunggu selama 24 jam sebelum proses pembersihan dan pembasmian dilakukan.
Kakitangan pembersihan harus membersih serta membasmi semua kawasan (pejabat, tandas dan kawasan umum) yang digunakan oleh pesakit terutamanya permukaan yang sering disentuh.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini