Sulit
5 tahun
Covid 19 health screening
Hi Doktor, saya baru pulang dari Jepun 3 hari lepas dan sedang menjalani self quarantine. Sebelum ke Jepun lagi saya sudah mengalami sore throat. Selepas pulang saya tidak mengalami simptom lain tetapi masih mengalami sore throat. Adakah perlu saya ke hospital berdekatan untuk menjalani ujian covid 19? Terima kasih Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kuarantin adalah salah satu langkah untuk membendung penyebaran wabak COVID-19. Ianya dilakukan kepada mereka yang mempunyai simptom atau gejala penyakit berkenaan dan baru pulang dari negara yang terlibat. Untuk mengelakkan sebarang masalah, anda digalakkan untuk ke hospital berdekatan dan menjalani ujian saringan COVID-19 lebih-lebih lagi jika gejala yang anda alami semakin teruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































