
Sulit
3 tahun
Covid 19 kontak rapat atau close contact
Saya ingin bertanya tentang close contact covid. Saya ada bertemu dengan seorang kawan dan makan sekali di kedai makan tapi jarak lebih satu meter pada 11hb. Pada 15hb di maklumkan dia positif covid setelah bersimpton pada 13hb. Jadi saya pun membuat ujian kendiri dan keputusannya negatif. Jadi perlukan saya kuarantin diri? Kalau perlu berapa hari perlu saya kuarantin diri? Adakah Tarikh kuarantin bermula pada 11hb atau 15hb?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan pernyataan anda bahawa rakan anda adalah positif covid 19, anda perlu untuk kuarantin diri di rumah selama 10 hari. Kuarantin secara kendiri ini bermula daripada tarikh anda terpapar dengan rakan anda iaitu pada 11 hari bulan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini