
zahari.ilyana
5 tahun
COVID-19 Langkah Seterusnya
Kronologi peristiwa:
2 Mac - anak saudara saya datang daripada Pasir Mas, Kelantan ke Kuala Lumpur menaiki bas. Sampai di KL 2 Mac pagi. Anak saudara datang ke rumah saya.
2 Mac tengah hari - anak saudara saya ke Masjid Sri Petaling untuk perjumpaan dengan kumpulan beliau
2 Mac petang - anak saudara kembali ke rumah saya san bermalam di rumah saya
3 Mac pagi - anak saudara pergi ke Masjid Sr Petaling dan dari situ ke surau Batang Kali
15 Mac - salah seaorang daripada ahli kumpulan disahkan positif Covid-19
15 Mac - anak saudara dan ahli kumpulan yang lain dibawa menjalani ujian saringan penuh dan dikuaratinkan
17 Mac pagi - anak saudara disahkan poisitif Covid-19
Soalan:
1.Perlukah saya dan keluarga menjalani ujian saringan dan di kuaratin memandangkan berjumpa dan anak saudara bermalam di rumah.
2.Adik saya dan anak-anak datang ke rumah saya pada 6 Mac hingga sekarang dan mengguna bilik yang sama dengan anak saudara saya sebelum ini. Perlu kah adik saya san anak-anak beliau menjalani ujian saringan & dikuaratin?
3 Perlukan rumah saya disanitari (sanitize)?
Harap dapat pencerahan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk penerangan yang cukup teliti ini. Oleh kerana anak saudara anda bermalam di rumah anda, anda sekeluarga digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19. Penghuni bilik dari 6 MAc tidak perlu menjalankan ujian COVID-19 kecuali jike salah satu daripada ahlie keluarga dalam rumah anda didapati positif untuk COVID-19. Anda boleh melakukan pembersihan dan pembasmian sebagai langkah pencegahan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini