
Sulit
3 tahun
COVID 19 Penjarakan Sosial Tanpa Face mask
Hi… Kalau Kita Jaga Jarak 6ft dari orang lain dengan Tidak Memakai Face mask …
Masih boleh terkena Jangkitan Covid? Sebab Saya Terserempak Jiran Saya Yang Memakai Gelang Putih tapi tidak Tahu sama ada Dya Masih negative atau positive… Saya Terserempak dia lebih kurang Jarak 6ft tapi masing2 Tidak Memakai Facemask.
Adakah Saya Boleh kena covid?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan anda terkait potensi terdedah kepada jangkitan COVID-19. akibat terserempak dengan jiran anda yang memakai gelang tempoh hari.
Walaupun kita tidak mengetahui kondisi sebenar jiran anda ketika anda terserempak dengan beliau, adalah lebih baik kita berada dalam posisi berjaga-jaga.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain.
Akan tetapi, berdasarkan sejarah kontak sahaja, agak sukar untuk menentukan sekiranya telah berlaku transmisi atau sebaliknya. Oleh itu, penilaian yang selanjutnya hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 bagi menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Seterusnya, anda juga amat disarankan untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk
- Ujian dari rumah
- Ujian di klinik terdekat
- Ujian secara pandu lalu
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini