Sulit
4 tahun
Covid-19 & Pernerimaan Vaksin Selepas Tempoh Kuarantin
Hi doktor, saya dan adik saya sebelum ini tidur di bilik yg sama dan katil yang sama. Kami dah buat PCR test di KK Kelana Jaya dan keputusan ujian adik adalah positif manakala saya negatif. Kami sudah pun menjalani 10 hari kuarantin di rumah (adik diasingkan di dalam bilik) dan kalau diikutkan esok (03/09) sudah boleh buka gelang. Soalan saya:
Selepas 10 hari, boleh ke saya tidur di dalam bilik yang sama semula?
Kami adalah penerima vaksin AZ pada minggu depan (10/9), adik saya boleh pergi vaksin seperti biasa atau tidak?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap pesakit yang menjalani kuarantin, sebelum mereka dibolehkan untuk memotong gelang, mereka harus melakukan ujian swab test sekali lagi untuk memastikan sama ada mereka sudah betul-betul negatif ataupun masih positif. Jika mereka masih positif, anda perlulah mengasingkan diri daripada adik anda. Tetapi, jika adik anda sudah negatif, anda boleh tidur di dalam bilik yang sama. Saya menyarankan anda supaya melakukan sanitasi di dalam bilik tersebut.
Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam persidangan 8 Julai 2021 telah memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19, iaitu individu yang telah pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2 tidak perlu menunggu selama tiga (3) bulan untuk menerima suntikan vaksin. Keputusan ini dibuat berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan di persidangan tersebut yang menyatakan walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini
menyebabkan ada keperluan bagi pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini.
Sehubungan itu, bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan bebas daripada virus COVID-19 kini dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































