
chematmarsila
3 tahun
Covid-19 positive 1 July - 12 July 2021
Saya berumur 58thn dah dpt vaccine sinovac 1st dose on 22 June 2021. Sekarang masih lagi quarantine di rumah Covid-19 positive. Bile saya patut dapatkan 2nd dose vaccine. Tarikh yang sesuai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda telah mendapat suntikan dos pertama Sinovac dan sekarang anda positif jangkitan Koronavirus dan sedang menjalankan kuarantin di rumah. Anda ingin mengetahui bila anda boleh mengambil suntikan kedua vaksin Covid. Kami akan cuba membantu anda.
Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM, bekas pesakit Covid-19 boleh divaksin selepas 90 hari atau 3 bulan selepas mereka sembuh daripada jangkitan tersebut. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk mengemas kini maklumat di MySejahtera supaya tarikh baru boleh diberikan untuk suntikan dos kedua vaksin.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terime kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini