
Sulit
4 tahun
Covid-19 selepas kuarantin 10 hari
Satu keluarga saya telah positif kecuali adik dan telah menamatkan tempoh kuarantin selama 10 hari. Saya telah Kuarantin selama 10 hari di dalam bilik dan tiada keluar dari bilik. Soalan saya, adakah selepas 10 hari, saya boleh keluar dari bilik dan makan bersama di meja makan tanpa pelitup muka atau saya perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di rumah sehingga 14 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ujian swab kedua perlu dilakukan untuk mengesahkan sama ada anda masih mempunyai virus tersebut di dalam badan anda ataupun telah bebas daripada jangkitan tersebut. Kuarantin dilakukan supaya anda tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang di sekitar anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini