
Sulit
3 tahun
Covid 19 selepas quarantine
Hai…saya berumur 20 an…soalan saya ada covid 19 selepas quarantine boleh menjangkiti org lain sbb tempat kerja saya ada yg positive tapi semua dh lepas 2 minggu quarantine…mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai jangkitan COVID-19 bagi pesakit positif yang telah menjalani tempoh kuarantin 2 minggu.
Untuk pengetahuan anda, jika pesakit covid telah menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu dan tidak mempunyai gejala, mereka sudah dikira bebas dan tidak akan menjangkiti orang lain. Hal ini kerana penilaian akhir akan dibuat daripada pihak PKD atau CAC sebelum gelang pink dipotong. Jika gelang pink sudah dipotong dan sudah tamat tempoh kuarantin, pesakit tersebut akan mendapat surat pelepasan bagi menyatakan mereka telah bebas COVI-19.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ), untuk info lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini