
Sulit
3 tahun
COVID 19 Tempoh Kuarantin dari Cat 1 - Cat 4
Husband sy disahkan +ve pada 16th. Selepas mengalami symptoms sejak 15th iaitu demam panas.
Kemudiannya die dikuarantin di rumah. Hari ke 5 kuarantin di rumah. Suami sy demam panas semula dan dbawa ke Maeps kemudiannya ke Sg Buloh. Ats sbb masalah pernafasan.(Cat4)
Berapa lama tempoh kuarating beliau? Adakah dr tarikh 15th symptoms atau dr change status to Cat 4?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang prosedur kuarantin.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tarikh suami anda mula kuarantin. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, tarikh permulaan kuarantin untuk pesakit yang bergejala adalah hari pertama mereka mengalami gejala jangkitan covid-19. Berdasarkan maklumat yang diberi, hari pertama kuarantin untuk suami anda bermula pada 15 hari bulan.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini