Sulit
4 tahun
Covid positive dengan diabetes
Boleh saya teruskan insulin diabetes semasa positive covid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Bagi menjawab soalan anda, anda boleh teruskan pengambilan insulin walaupun anda telah disahkan positif jangkitan Covid-19. Namun, anda mungkin perlu mengubah jumlah insulin ang diambil. Anda tidak patut menghentikan pengambilan insulin tanpa nasihat doktor kerana ia boleh mengakibatkan kadar gula dalam darah untuk meningkatkan secara mendadak dan menyebabkan masalah kesihatan lain.
Sila rujuk kepada doktor anda untuk nasihat terperinci mengenai pengambilan insulin anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami untuk konsultasi secara atas talian mengenai perkara ini.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































