
Sulit
4 tahun
Covid quarantine selepas 10 hari
hi doctor, saya ada bertanya soal quarantine covid selama 10 hari sebelum ini.tetapi doctor memberi jawapan yang saya ‘perlu menjalani ujian saringan sekali lagi setelah tamat tempoh kuarantin bagi memastikan anda telah pulih daripada jangkitan atau hasil ujian negatif ataupun tidak. Anda boleh meneruskan pekerjaan di tempat kerja setelah anda disahkan negatif COVID-19’.
tapi, saya pernah diberi tahu oleh doctor di maeps semasa saya berada di sana bahawa covid pcr berulang tidak diperlukan kerana hasil swap masih akan positve untuk beberapa bulan. malah pada surat mc yang diberi kan oleh kkm maeps juga ada tertulis begitu dan saya ada bertanya pada doctor disana, adakah saya akn menyebarkan virus ini kepada orang lain selepas saya keluar dari quarantine 10 hari ini dan doctor memberitahu bhwa virus itu tidak akn merebak kepada orang lain lagi selepas 10 hari. adakah itu betul?
tolong beri pencerahan dan adakah saya boleh meneruskan pekerjaan saya seperti biasa atau tidak sebenarnya?
adakah virus covid ini masih active wlpon sudah di quarantine selama 10 hari? apa tujuan quarantine 10 hari yg disarankan oleh kkm jika masih boleh effect kepada orang lain?. saya risau kerana saya mengalami batuk2 selps keluar dari maeps, tidak pasti sama ada faktor cuaca atau pon disbb kan covid. maaf kalau ada tersalah dimana2, saya perlu berjaga2 supaya tidak effect kepada orang lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, keputusan akan masih positif untuk beberapa bulan kerana terdapat antibodi untuk melawan virus tersebut di dalam badan anda.
Berkenaan soalan kedua pula, ya, anda tidak akan menyebarkan virus tersebut walaupun keputusan keputusan ujian positif. Tujuan kuarantin adalah untuk mengasingkan diri anda daripada bercampur dengan orang yang tidak pernah terdedah virus tersebut dan juga untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Anda masih boleh meneruskan kerja seperti biasa, tetapi perlu mengambil langkah berjaga-jaga di tempat kerja. Pastikan anda mengamalkan teknik membasuh tangan yang betul dan juga sentiasa memakai pelitup muka.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut disebabkan anda mengalami gejala batuk kerana terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami batuk dan rawatan akan diberikan kepada anda.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi dan mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan anda dapat berbincang dengan doktor berkenaan keraguan anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini