
Sulit
3 tahun
Covid +ve bertukar -ve dalam tempoh sehari
Saya berusia 45 tahun dan mempunyai sejarah kesihatan darah tinggi. Saya baru selesai mendapat vaksin dos ke 2 pada 26/8 dan pada 31/8 cleaner di ofis saya telah pergi swab test kerana suaminya +ve Covid. Pada 1/9, sebelah petang, saya mendapat maklumat yg cleaner tersebut +ve. Oleh itu, pada sebelah malam, saya telah membuat ujian air liur ( test kit ) dan keputusannya adalah -ve. Pada 2/9, saya telah membuat RTK di klinik swasta dan keputusannya adalah -ve. Saya terus mengasingkan diri drpd keluarga dan kuarantin di dlm bilik berseorangan. Pada 3/9, majikan mengarahkan saya utk buat PCR, maka saya telah ke BP LAB drive thru dan membuat ujian tersebut. Pada 4/9 keputusan PCR tersebut adalah -ve. Maklumat tambahan, saya tidak diberikan sebarang surat arahan kuarantin atau gelang pink oleh KKM.
Soalannya
- Adakah saya telah bebas Covid kerana keputusan PCR
-ve walaupun sebelumnya adalah +ve ( RTK ) - Adakah isteri dan anak2 saya perlu swab test?
- Adakah saya masih perlu kuarantin diri dlm bilik / rumah?
- Adakah saya perlu buat ujian PCR sebelum masuk kerja?
- Berapakah tempoh masa yg sepatutnya saya kuarantin?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, dalam kategori rangkaian jangkitan Covid-19 situasi ini jatuh pada kategori 2. Mengikut panduan KKM anda sepatutnya:
Perlu kuarantin di rumah selama 10 hari walaupun ujian Covid-19 negatif
Membuat ujian Covid-19 atau mengulanginya berdasarkan arahan PKD, swab ulangan tidak diperlukan jika tiada arahan PKD
Untuk maklumat lanjut hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). atau pegawai kesihatan di klinik kesihatan terdekat anda untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini