
maisarahmarzuki07
5 tahun
Covid19 boleh merebak melalui penghantaran barang?
Salam. Sy ingin bertanta, jika kte beli barang dr lazada or shoppee, covid19 boleh merebak melalui barang yang dipos or tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Setakat ini masih belum ada bukti mengatakan bahawa virus ini boleh hidup lama di luar badan manusia iaitu lebih daripada 24 jam. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan virus ini cuma boleh hidup selama 3 jam di permukaan kotak. Namun anda masih perlu untuk melakukan langkah pencegahan iaitu dengan mengelap permukaan barangan dengan menggunakan tisu yang diletakkan ‘sanitizer’.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini