
teogohteck
5 tahun
Cramping dibahagian bawah perut
Saya berumur 29tahun,saya mengalami masalah cramp perut seblm haid,haid dtg dlm kuantiti yang sedikit jer,pastu suruh bidan kampung datang berurut,bidan cakap bla dia sentuh rahim saya terasa benda bulat dan berdenyut…boleh doctor terangkan apa maksud tu?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas aoaln yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda anda mengalami masalah haid dan berdasarkan keterangan bidan yang anda temui mengesan benda bulat dan berdenyut.
Masalah sakit sebelum haid biasanya adalah normal bagi wanita kerana terdapat hormon yang menyebabkan “contraction” pada rahim bagi membolehkan haid dilepaskan dari dinding rahim.
Terdapat segelintir wanita yang mengalami sakit sebelum atau ketika haid ini dengan lebih teruk dan ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Berkaitan kuantiti haid anda yang sedikit, kami memerlukan maklumat lanjut tentang kuantiti tersebut. Untuk makluman anda, tempoh haid normal adalah 2-7 hari.
Tentang benda bulat dan berdenyut dalam rahim anda, perkara tersebut tidak boleh dipastikan hanya dengan keterangan tersebut, Pemeriksaan dan ujian imejan seperti ultrasound adalah diperlukan bagi menegnal pasti sekiranya terdapat masalah seperti ketumbuhan atau merupakan fisiologi organ yang normal.
Untuk membantu anda dalam masalah yang anda hadapi ini, maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsulatasi secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.