Sulit
4 tahun
CT value 20.13 selepas 12 hari kuarantine
Hi Doktor, abang ipar saya membuat ujian RTK pertama pada 23/7 dan disahkan positive. Dia mengalami gejala dan kuarantine kendiri di rumah selama 12 hari. Dia membuat ujian PCR pada 4.8.21 dan CT value di 20.13. Soalan saya ialah adakah dia masih boleh menjangkiti orang lain dan perlukah dia membuat kuarantine lagi? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, CT value rendah daripada 40 cycle maksudnya jumlah virus dalam badan adalah tinggi, berupaya untuk menjangkiti orang lain. Abang ipar anda masih perlu kuarantine lagi, sila kemas kini status dalam app MySejaterah atau menghubungi jabatan KKM jika diperlukan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































