Sulit
4 tahun
Cth ada sakit blh ke amik Vaccine
Hi doctor,saya nak tanya saya selalu sakit satu badan macam kencing x lawas,sakit payudara kiri,bangun tidur sakit,pening kepala.Kalau cthnya saya ada sakit yg teruk mcm kanser ke boleh ke saya amik vaccine ? Tapi saya x pergi check pun sy sakit apa.Apa apa vaccine boleh kan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda alami sebarang penyakit atau ambil sebarang perubatan menjejaskan sistem immuniti anda, vaksinasi tidak berupaya memberikan kesan perlindungan kepada anda. Sekiranya anda adalah sihat atau mempunyai penyakit lain tidak menjejaskan sistem immuniti, anda boleh terima suntikan vaksin.
Anda boleh merujukkan masalah gejala anda kepada doktor atau pihak kesihatan berkaitan di pusat vaksinasi sebelum suntikan anda untuk dapatkan arahan terkini.
Selain itu, untuk mengetauhi punca penyebab pada gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya anda dapat mengetahui status kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























