Sulit
2 tahun
CTH.tekak tidak selesa
Da berapa hari rase tekak tak selesa cam ade benda sekat kat tekak kalau malam cam susah nak nafas tapi bile duduk jap bape minit nafas Okay bile makan rase tak selesa kat tekak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Keradangan tekak
- Radang tonsil
- Kecederaan pita suara
- Jangkitan
- Pembesaran kelenjar tiroid
- Pembesaran kelenjar getah bening leher
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.