
Sulit
3 tahun
Cth:tidak dapat muntah
saya lelaki berumur 18.saya selalu muntah selepas saya makan sebab takut berat badan saya naik dengan cara menjolok tekak.masalah ini terjadi sejak umur saya 12 sehingga sekarang 18 tahun tetapi sejak kebelakangan ini saya tidak dapat muntahkan makanan yang saya makan.hanya sedikit sahaja makanan yg terkeluar.saya bingung dengan masalah yang saya hadapi kerana tidak dapat muntah.saya menjadi stress,tidak dapat tidur,hilang keyakinan dan tidak mahu bergaul dengan sesiapapun.boleh saya tahu apa penyebab nya,panyakit apa yang saya sedang hadapi dan apa yang harus saya lakukan untuk mencegah nya.jika saya berjumpa dengan doktor di hospital bagaimana saya perlu menyatakan masalah saya kepada doktor tersebut?harap soalan saya ini di jawab dengan segera

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti masalah gangguan pemakanan anorexia nervosa, stress, kegelisihan, kemurungan dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, dia perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.