
Sulit
3 tahun
Cuba untuk hamil &TTC
assalammualaikum. saya berumur 23 &Saya telah berkahwin . sekarang saya cuba untuk hamil . boleh saya tahu adakah tonsil penyebab susah hamil?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda tiada kaitan antara tonsil dan kehamilan.
Kesuburan pasangan adalah bergantung kepada kedua dua belah jantina samada lelaki atau wanita. Pemeriksaan klinikal yang lebih terperinci perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui punca hal ini berlaku.
Bagi wanita, masalah kesuburan boleh berpunca daripada:
- masalah hormon
- faktor usia
- fibroid
- penyakit keradangan pelvik
- endometriosis
- masalah struktur sistem peranakan
Bagi pihak lelaki pula, masalah ini boleh disebabkan masalah berikut:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.