
Sulit
3 tahun
Cuci kandungan risiko
Anak no 3 bru 1 tahun 6bulan, operetion… dan mase kelahiran 6bulan lebih… lahir pramatang sebb darh tinggi… skrg drah tinggi naik bile saya pregnant lg.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah tekanan darah tinggi anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis tekanan darah tinggi semasa hamil. Antaranya adalah:
Hipertensi ketika hamil: Wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan. Tiada tanda kerosakan organ atau protein berlebihan dalam air kencing dikesan. Wanita dengan hipertensi semasa kehamilan pastinya akan menyebabkan praeklampsia pada akhir kehamilan.
Hipertensi kronik: Ini adalah keadaan tekanan darah tinggi yang sudah wujud sebelum mengandung atau terhasil sebelum 20 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan simptom yang jelas, mungkin sukar untuk menentukan ketika mana ia sebenarnya bermula.
Hipertensi kronik dengan pertindihan bersama praeklampsia: Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung.
Praeklampsia: Ini adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. Ini boleh berlaku kepada wanita dengan hipertensi kronik atau hipertensi semasa kehamilan selepas 20 minggu kehamilan. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada ibu dan anak.
Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan