
solehabakar86
5 tahun
Cuping bayi saya bernanah. Berkuping
Hai doktor. Mohon penerangan tentang masalah kudis pada bayi. Anak sy berumur 7 bulan. Prem. Cuping telinga bayi saya bernanah dn berkuping.sy dh gna krim foban, tetapi nanah kudis tidak kering. Bila mandi nampak mcm ada nanah putih2, kering jd kuping mcm nanah. Doktor hospital suruh gna hydrocort. Kelenjar belakang telinga bayi sy jg bengkak. Tetapi dia aktif dn ceria. Trm kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman atau bakteria
- kulit kering
- tindakbalas alahan (ekzema)
Berdasarkan penerangan, keruping biasanya adalah luka kering yang sedang mengalami proses penyembuhan. Hydrocortisone digunakan untuk melembabkan kulit dan mengurangkan gatal dan radang pada bahagian tersebut. Elakkan daripada menggaru dan kurangkan sentuhan terus kepada bahagian tersebut dan teruskan menggunakan ubat yang telah diberi pihak pakar perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.