
Sulit
4 tahun
Cuping telinga gatal dan berair selepas memakai tanting
Salam sejahtera Dr. Saya seorang wanita. Baru2 ni saya ada pakai tanting di telinga selepas lama berhenti memakainya. Namun, saya dapati bahawa selepas saya memakainya, cuping telinga saya sentiasa gatal dan berhenti memakai tanting. Walaupun begitu, telinga saya masih belum sembuh malah menjadi luka akibat saya sentiasa menggarunya. Gatal2 yang saya alami itu juga menjangkiti di bahagian kulit lain seperti di muka dan bahagian leher. Selain itu, luka gatal di bahagian telinga saya juga sentiasa mengeluarkan cecair berwarna jernih dan berbau. Telinga saya juga bernanah. Apakah ubat yang sesuai bagi merawat telinga saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, kulit di cupingtelinga anda sedang mengalami inflamasi ataupun keradangan dan ia merebak ke kawasan sekitar. Kami sarankan anda untuk elakkan dari memakai anting-anting pada masa ini dan sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut berkenaan masalah yang anda alami supaya rawatan dapat diberikan.
Kami tidak dapat memberitahu ubat apakah yang sesuai untuk merawat jangkitan di telinga anda disebabkan pemeriksaan lanjut perlu dibuat terlebih dahulu.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda tidak digalakkan untuk melengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian anda dan mungkin juga mengganggu deria pendengaran.
Sila perhatikan gejala ini dan jumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit di bahagian telinga dan sekitar
- Pendengaran terganggu
- Sakit kepala
- Nanah
- Terdapat cecair berbau
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.