
Sulit
3 tahun
Cuping telinga mengelupas
Hi, saya perempuan berumur 28tahun dan belum berkahwin. Cuping telinga saya selalu kering dan mengelupas. Saya selalu rasa nak korek and menyebabkan cuping telinga selalu berdarah. Boleh saya tahu punca dan cara mengatasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami masalah kulit kering and mengelupas pada cuping telinga. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Kurang minum air, menyebabkan dehydrasi
- Alahan kepada bedak atau produk kecantikan
- Dermatitis
- Jangkitan kuman pada kulit
- Jangkitan pada telinga (Otitis externa)
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah ini supaya puncanya dapat disiasat dan seterusnya dirawat.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.