
syera.arahaman94
5 tahun
Cyst dan sakit senggugut
Hai doktor . Saya berumur 26 tahun dan sudah berkahwin hampir 5 bulan. Selepas kahwin haid saya jadi tak teratur then saya scan rahim di klinik dan dapat tawu saya ada ovarian cyst sebesar 1.7cm. Doktor bagi saya pil Liza pencegah hamil 21 hari sahaja untuk restart balik period saya.
Selepas 2 bulan saya pergi second appointment di klinik sama ,cyst saya masih ada lagi tak membesar. Doktor kata okay sebab cyst saya normal dan akan hilang dalam masa 3,4 bulan. Cuma saya kene jaga pemakanan.
Sekarang saya dah lewat period seminggu. Payudara saya sudah 2 minggu sakit ngilu2 dan sejak lewat period perut saya cramp sakit2 macam senggugut tapi takde tanda2 nak datang haid. Hari ketiga saya lewat period saya test upt negatif.
Soalan saya.
- Adakah sakit2 breast dan perut cramp ada kaitan dengan cyst saya dan adakah membahayakan saya? Apa perlu saya buat doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, Sakit di payu dara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang punca sakit anda. Berikut merupakan antara punca payu dara sakit:
- sindrom premenstrual
- Datang haid
- Mengandung
- Menyusu
- Radang payu dara
Antara punca bagi sakit seperti senggugut. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan.
- sindrom premenstrual
- haid
- kehamilan
- masalah pada stuktur rahim seperti cyst
Anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.