
nanypmk93
5 tahun
Cyst (fallopian tube)
Saya wanita berumur 26 tahun dan bakal berkahwin…masa umur saya 20 tahun saya pernah operate cyst dan ikat fallopian tube belah kiri…so hanya kanan sahaja berfungsi…adakah masalah untuk peluang saya hamil…boleh tak saya mengandung (risau nak kahwin😢) berapa percentage peluang saya hamil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi. Walaupun anda mempunya satu fallopian anda masih boleh mengandung. Dan peratusannya adalah 50% daripada orang yang mempunyai dua tube. Namun begitu, pelbagai perkara dan langkah diperlukan untuk hamil. Berjumpa doktor sakit puan dan lakukan pemeriksaan susulan adalah kaedah terbaik buat wanita yang pernah menjalani pembedahan membabitkan organ ini untuk pastikan semuanya normal untuk mengandung.
Anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian.Terima kasih.