
Sulit
3 tahun
Dada belah kanan sakit setiap kali jantung berdenyut
Saya perempuan berumur 16 tahun.Berat saya berat mendadak dan sekarang berat saya ialah 39 kg.Saya sentiasa stress dan gelisah kerana hubungan saya dengan keluarga tidak baik.Saya tidak tahu sama ada saya ada masalah mental atau tidak.Sejak dari itu jantung saya selalu sakit secara mengejut.Kemudian pada minggu ini dada belah kanan saya sakit setiap kali jantung saya berdenyut.Boleh tahu apakah yang bermasalah dengan diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda terangkan tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti stress, kecelaruan keresahan, kemurungan, serangan panik, kecelaruan personaliti dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah ini, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.