
faizahnoraini
5 tahun
Dada berangindan kerap sesak nafas
Hi/ Assalamualaikum…
Saya sering mudah rasa sesak dada bila melakukan kerja… Saya seorang Suri rumah.dada n perut cepat berangin dan lebih takut lagi jadi rasa xpuas bernafas n pening… Saya xboleh pergi keluar contoh beli barang di kedai sbb mudah rasa pening n sesak nafas… Doktor kata Saya panic attack disorder Saya juga Ada appointment dgn pakar Psy tp bila diaorg Kasi ubat psy Saya jadi lagi teruk… Adakah Saya geetrik angin atau panic attack? Boleh ke Saya kembali sihat seperti sedia kala? Apakah ubat yg sesuai utk Saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya juga memahami tujuan anda menanyakan soalan adalah untuk mengatasi masalah yang sedang anda hadapi sekarang.
Malangnya, konsulatasi dengan pihak kami adalah sangat terhad. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Lebih-lebih lagi, masalah psiakitri, banyak soalan serta ujian lanjut harus dilakukan sebelum diagnosis diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk serta berbincang dengan lebih lajut masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.