
Sulit
3 tahun
Dada lebam sebelah kiri
Hi, sy ain dan berumur 30tahun, saya masih breasfeeding anak yang berumur 3bulan. Baru ini saya mengalami bengkak susu dan demam . Tapi masalah sekarang saya perasan ada kesan lebam pada dada sebelah kiri.lebam merah pada keliling dada.boleh sayatahu tindakan apa yang perlu saya ambil.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang!
Secara amnya, sakit payudara anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan/inflamasi payudara (mastitis)
- Abses payudara (breast abcsess)
- Payudara atau susu tersumbat (blocked duct)
- Gangguan saluran / kelenjar payudara
- Alahan atau trauma kulit payudara
- Keletihan atau ketegangan yang terlampau
- Atau gangguan payudara yang lain
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall). Namun buat sementara waktu anda boleh:
- Meneruskan penyusuan bayi (sekiranya mampu) bagi mengelakkan payudara terlalu penuh dengan susu sehingga menyebabkan komplikasi yang lain.
- Mengurut payudara yang terganggu sesuai garis panduan klinik kesihatan
- Menuam kawasan yang sakit dengan kain yang lembab, sejuk atau hangat sesuai keselesaan.
- Menggunakan supportive bra yang ergonomik, sesuai dengan struktur tubuh anda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah