
Sulit
4 tahun
Dada rasa sempit dan susah nafas bila baring
Hi.Saya budak perempuan umur 17.Dah lebih 5 bulan ni saya sakit belakang bahagian atas all the way to my neck and tangan saya sebelah kanan rasa lemah and lenguh kaki kadang kadang pun rasa lenguh and tak selesa.Bila tidur saya kerap tukar position sebab rasa dada sempit bila baring sebelah kanan/kiri and susah nafas (shortness of breath).
I dont know this is the effect kalau selalu bawak beg sekolah berat…TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang hingga menyebar ke leher. Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi yang boleh menjelaskan simptom anda ini iaitu:
- Masalah tulang belakang leher ( Cervical radiculopathy ) yang boleh menyebabkan saraf tunjang menjadi terhimpit, sehingga menyebabkan rasa sakit pada saraf kepada otot belakang dan tangan
- Kecederaan pada saraf tunjang, tulang belakang leher ataupun otot dan sendi.
- Penyakit jantung. Ia boleh menyebabkan sakit dada yang merebak ke belakang dan juga boleh menyebabkan kekebasan kerana tekanan darah yang tinggi.
- Masalah pengsarafan pada otot tangan kiri
- Jangkitan kuman pada saraf tunjang.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berkenaan dengan keterangan anda, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut terutamanya jika rasa sakit bertambah berat dan kerap mengalami kesukaran bernafas. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi