
Sulit
3 tahun
Dada terasa berdengup dengan kuat apabila baring tetapi heart rate masih normal
Hello doktor, sudah seminggu saya dapat merasa dada saya berdegup dengan kuat. Walaupun heart rate saya normal.
Saya sudah pergi ke doktor, doktor membuat ecg dan echo scan dan mengatakan jantung saya okay. Tetapi sudah seminggu saya merasa dada berdegup dengan kuat tanpa henti. Ia lebih terasa apabila saya baring.
Saya di diognos mengalami gerd yang minimal, adakah ini boleh menjadi punca dada berdegup kencang setiap masa sepanjang hari ?
Saya hanya mempunyai sakit dada dan kesukaran bernafas yang mungkin berpunca daripada gerd saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipertiroid
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
- Masalah denyutan jantung (arrhythmia)
- Psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
- Kurang rehat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca jantung berdebar dengan laju berdasarkan soalan yang diberikan sahaja. Pemeriksaan menyeluruh dan pengambilan sejarah perubatan yang lengkap perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!