Sulit
4 tahun
Dah jumpa doktor,result anxiety ok normal,tapi ttp jgk tolak saya ke hospital.Pelik jgk saya
Saya ada masalah bila bangun pagi terasa asyik nak marah je.pastu mulalah xselesa di bahagian dada kadang tu sampai sesak nafas(tapi xsakit).waktu tidur pulak saya mesti akan terjaga pastu yg saya perasan otak saya berfikir yg bukan2.adakah saya mengalami masalah anxiety yg teruk ataupun mental? kadang terasa mcm panik,sedih,gembira,stres tanpa sebab.saya stres atau marah simptom dada xselesa n nak terjadi sesak nafas tu mesti ada.saya bercakap dengan org pun dlm nada yg sedih.selera makan still ok ada selera.saya sudah check saya puya anxiety,doktor ckp semua normal.saya pelik jgk klu anxiety normal knp tolak saya ke hospital? tapi doktor buat surat terus ke hospital buat appointment jumpa doktor pakar dlm 2minggu lagi.Sepanjang saya ada masalah ini,saya langsung tidak bekerja.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui kenapa anda dirujukkan kepada pakar walaupun dinyatakan bahawa anda tiada anxiety, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala-gejala ini seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
- Insomnia
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Serangan panik
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
Oleh itu doktor perlu merujukkan anda untuk memastikan tiada kondisi yang serius yang menyebabkan gejala-gejala yang anda alami.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua atau kepastian dalam perkara ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor



























