Sulit
4 tahun
Dalam hari ke 3 quarantine gatal tekak dan hari ke 7 buat swbtest rtk,-ve , apa yg saya perlu buat?
saya berumur 19 tahun , pada hari isnin 9hb saya pergi beli barang dngn kawan saya , hari selasa pagi 10hb dia bagithu mak dye positif c-19 , tapi kawan saya buat swbtest pada hari yang sama iaitu 10hb jugak result dye -ve. dan saya risau , saya strt quarantine sendiri kt rumah Pada 10hb tu juga , Pada hari yg ke 3 saya quarantine iaitu Pada hari khamis 12hb , saya cuma merasa gatal tekak dan saya buat swbtest rtk Pada hari ke 7 quarantine iaitu Pada 16hb , dan result saya -ve . dan harini hari ke 9 , 18hb quarantine, tekak saya tetap gatal , Dan rasa tidak selesa. saya nak tanya adakah saya perlu buat swbtest kali kedua ? kalau Perlu , mesti selang berapa hari utk buat swbtest kali kedua ? dan adakah saya perlu quarantine lebih dari 10 hari ? atau saya perlu jumpa doktor utk kepastian lebih lanjut tentang masalah gatal tekak ini ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya sedia maklum tentang kebimbangan anda mengenai masalah yang anda alami. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut KKM, antara tanda-tanda anda dijangkiti Covid 19 adalah:
- Demam yang berpanjangan
- Kelesuan bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Bibir atau jari kebiruan
- Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
- Batuk, muntah atau cirit yang semakin teruk
- Sering kencing
Oleh itu, untuk mendapatkan lebih kepastian, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































