
Sulit
3 tahun
Dalam ikhtiar hamil. Lewat period 6 hari untuk 2 bulan berturut
Doc. Sy wanita berumur 28 tahun…baru berkahwin 5 bulan. 2 bulan ni sy lewat period sehingga 6 hari . Sy dah proses untuk ikhtiar hamil. Adakah ini perkara biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda dalam proses ikhtiar hamil dan haid anda lewat selama dua bulan. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi
- Kehamilan
- Berat badan terlalu ringan atau terlalu berat
- Terlalu banyak bersenam
- Tidur tidak mencukupi
- Masalah pada ovari seperti Polycystic Ovarian Syndrome
Memandangkan anda dalam ikhtiar hamil, kami nasihatkan anda pergi ke klinik atau ambil ujian kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.