
Sulit
4 tahun
Dalam kepala ada rasa benda keras dan masalah yang berlaku selepas perkara itu berlaku
saya remaja perempuan berumur 16 thunn.saya terasa seperti ada benda keras di dalam kepala sebelah kanan sy ianya sudah sebulan terasa seperti ituu awalnye sy pening ttpi pning itu sudah hilang pd awalnye ttpi benda keras Yang saya rasa itu belum hilang dan pada minggu ketiga badan seluruh badan saya menggigil dan selepas ituu Dalam 5 Hari ia baik semulaa namun pada minggu keempat ia hanya bergetar kadang kadang pada kaki belah kiri dan saya juga dapatii pipi belah kiri sy bergerak sendiri tetapii sy sudah melakukan pemeriksaan dgn doktor di hospital 2 kalii dan sudah X ray ttpi tidak ada apa apa yg bahaya sy juga tidak muntah dan demam cuma pening kepala kadang ii tapi tidak teruk. dan sy ingin bertanya apa yang akan dirasa semasa muka kita kebas adakah seperti semut berjalan?? atau apa ?? mohon penjelasan yang tepat tqq doc.selepas ituu sy juga berasa badan seperti bergoyang tetapi saya tidak pening mahupun nampak seperti berpusing hanya badan rasa bergoyang dan selepas ituu juga pipi sy terasa bengkak Dan sakit
adakah inii penyakit yang merbahaya doktorr?? sy amat risau dgn keadaan sy

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang pening kepala tersebut. Untuk pengetahuan anda, lazimnya gangguan tersebut boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda gangguan vaskular otak
- Komplikasi saluran darah tubuh
- Tanda-tanda ketumbuhan atau neoplasma
- Mahupun gangguan psikologi
Justeru saya amat menyarankan anda untuk segera berjumpa doktor pakar sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Pening kepala yang terlalu sering
- Pening kepala yang sangat pedih & tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.