Sulit
5 tahun
Darah A, masalah kebas tangan
Saya mengalami masalah kebas tangan semasa malam tidur, tetapi selepas bangun tidur beberapa minit kebas hilang. Saya ada kencing manis dan mengambil ubat di klinik, janumax nama ubatnya. Sebab apakah berlakunya kebas ini Dr mohon pencerahan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan ketika tidur ini boleh disebabkan:
- Posisi tidur - yang menekan saluran darah tangan
- Masalah Carpal Tunnerl - faktor risiko seperti diabetes, pekerjaan yang menggunakan pergerakan tangan yang banyak, obesiti
- Penyakit kronik arteri - apabila saluran darah menjadi tersumbat akibat diabetes, darah tinggi
- Masalah nutrien seperti kurang kalsium/potassium, vitamin B12/B6
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































