
Sulit
4 tahun
Darah beku di bibir bayi pada bagian bawah selepas jatuh terhantuk di lantai
Anak saya terhantuk bibir di lantai dan terdapat darah beku di bibir bawahnya. Adakah akan hilang dgn sendiri ataupun kekal sampai ke besar? Saya risau kerana bengkaknya tiada tetapi darah beku masih ada. Bantu saya apa yg perlu dilakukan selain berjumpa dgn doktor di klinik

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anak puan. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah trauma, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Umumnya keadaan seperti darah beku, kesan trauma, perubahan struktur atau permukaan tubuh yang tidak surut-surut boleh menandakan sesuatu kelainan yang perlu mendapat perhatian doktor.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.