
Sulit
4 tahun
Darah beku dibahagian muka bekas accident 3 tahun lepas
Hai doc sya ingin bertanya sya mempunyai msalah ada darah beku diarea bawah mata yang diakibatkan oleh accident 3 tahun lepas ,adkah patut jika sya melakukan pembedahan adakah akan terdapat kesan sampingan ?ataupun ada kesan lain untuk menghilangkan darah beku di area bwah mata berdekatan dengan pipi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang anda berikan tidak mecukupi. Terdapat banyak kemungkinan tentang sejarah kemalangan anda, kami perlukan maklumat tambahan seperti bagaimana keadaan anda jatuh, kecederaan yang dihadapi, kesan luka ataupun parut, adakah terdapat pendarahan dalaman ataupun luaran. Bagi mengenal pasti keadaan anda secara menyeluruh, kami perlu melakukan pemeriksaan fizikal sebelum menentukan kaedah rawatan yang sesuai. Oleh itu kami sarankan anda untuk terus pergi berjumpa doktor di klinik ataupun hospital untuk dapatkan penyelesaian mengenai masalah ini.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.