
Sulit
4 tahun
Darah berketul pd hari ke 6 period. Rasa sengugut
Sy wanita umur 30 thn.
Pesakit endometriosis stage 4.
June 2020 buat laporoscopy & salpingectomy due to hydrosalpinx.
On lucrine Jun-Sept
On Vissane Oct-Now
Last period 2/10/20.
Sepatutnya tak datang period tapi mula dtg 25/1/20
Haro ke-6 period keluar seketul darah yg lain dr kebiasaan. Ada mcm tisu warna putih di hujungnya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan akibat kesan sampingan ubat Visanne adalah menyebabkan haid tidak teratur ataupun pendarahan spotting. Namun begitu, disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda dan kekurangan maklumat, saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang lebih sempurna.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!