
Sulit
3 tahun
Darah berwarna coklat keluar dari rahim ketika hamil
Saya wanita berumur 24tahun…saya sekarang sedang hamil 6 minggu… Saya mengalami pendarahan yang berwarna coklat selama seminggu sehingga sekarang… Apakah darah ini boleh menyebabkan keguguran pada kandungan? Ini adalah kandungan pertama saya selepas berkahwin pada bulan 5 2021

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami akan cuba membantu anda.
Pendarahan masa awal kehamilan merupakan satu petanda yang tidak baik dan kemungkinan besar memerlukan rawatan yang segera. Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah ini dapat ditangani dengan rawatan segera.
Pendarahan masa awal kehamilan boleh berlaku disebabkan :
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan molar
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Masalah uri
Kami amat menyarankan agar anda merujuk perkara ini kepada hospital berdekatan dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Harap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.