
Sulit
5 tahun
Darah bukan darah haid
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mendapati ada darah yg keluar selama 2 hari iaitu lebih kurg 2 minggu selepas period. Normally period sy mmg teratur. Tp sy pelik apakah darah yg keluar tu Dr. Mohon penjelasan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan diantara kitaran haid boleh disebabkan:
- Pendarahan fibroid/polip dalam rahim atau serviks
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yan tumbuh di tempat lain
- Ektropion serviks - luka pada serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin atau kelas ubat NSAIDs
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.