
Sulit
3 tahun
Darah coklat bila hari haid terakhir
Saya period darah haid coklat pada hujung haid saya period normal 7 hari .adakah darah coklat di hujung kitaran haid normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lendiran coklat yang keluar boleh jadi perkara yang normal. Terutamanya jika pada awal atau hujung kitaran haid. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya adalah:
- Ketidak seimbangan hormon
- Kesan sampingan kontraseptif hormon
- Ovarian cyst
- Jangkitan pada kelamin
- Endometriosis
- PCOS
- Kelahiran ektopik
- Keguguran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan